Jadikan kehidupan & perniagaan dengan lebih selesa

ENVIROCON PEST MANAGEMENT SDN BHD (414997-W)
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Kami menawarkan perkhidmatan yang berikut pada kadar harga yang berpatutan:
:Pemeriksaan dan rawatan berjadual untuk kawalan lipas, semut, tikus, dan sebagainya
:pemeriksaan dan kawalan anai-anai samada secara konvesional atau kaedah system pemintasan dan pengumpanan
:Penilaian dan pemantauan perosak menggynakan program yang sistematik bagi menuruti piagam HACCP untuk pusat pemprosesan dan penggunaan makanan
Untuk maklumat lanjut call 0127877056 @ layari www.envirocon.com.my

Jumaat, 18 Disember 2009

JENIS PENYAKIT KAMBING & TANDA-TANDANYA

1) PURU :
Terdapat gelembong pada bahagian mulut. Biasa terjadi diantara umur anak kambing
mencecah 3 minggu - 1 bulan & 3 bulan - 4 bulan.
2) KEMBONG :
Air liur meleleh, pernafasan yang susah dan kerap kencing. Biasa terjadi sekiranya memberi
makanan kekacang dan bahan makanan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi.
3) SAKIT PARU-PARU, SELSEMA & SEJUK (PNEUMONIA) :
Lemah dan tidak bermaya. Ketika batuk terdapat bendalir keluar. tekanan yang berlebihan
boleh menyebabkan kematian. Biasa terjadi sekiranya keadaan kandang terlalu kotor dan
lembab. Elakkan kambing daripada hujan.
4) CIRIT-BIRIT (DIARRHOEA) :
Najis cair. Biasa terjadi kerana makanan yang diberi basah dan cacing.
5) KURANG DARAH (ANAEMIA) :
Muka pucat, lemah dan bulu meremang. Biasa terjadi akibat makanan yang diberi kurang
berzat dan kutu yang terlampau banyak pada kambing.
6) KANCING GIGI :
Keempat-empat kaki kambing keras, tegang dan keseluruhan badan menggigil. Biasa terjadi
oleh kerana racun sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf.
7) KURAP :
Keguguran bulu yang banyak disertai dengan kudis yang benanah. Biasa terjadi akibat gigitan
agas.
8) LUKA-LUKA :
Biasanya terjadi akibat benda yang tajam, pergaduhan dan kambing juga mempunyai tabiat
suka menggigit telinga kawannya.
9) BURUK KUKU :
Kambing kelihatan tempang dan dicelah kuku bengkak. Terjadi kerana tempat yang lembab
(berair). Ia disebabkan serangan bakteria.

Tiada ulasan: