Jadikan kehidupan & perniagaan dengan lebih selesa

ENVIROCON PEST MANAGEMENT SDN BHD (414997-W)
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Kami menawarkan perkhidmatan yang berikut pada kadar harga yang berpatutan:
:Pemeriksaan dan rawatan berjadual untuk kawalan lipas, semut, tikus, dan sebagainya
:pemeriksaan dan kawalan anai-anai samada secara konvesional atau kaedah system pemintasan dan pengumpanan
:Penilaian dan pemantauan perosak menggynakan program yang sistematik bagi menuruti piagam HACCP untuk pusat pemprosesan dan penggunaan makanan
Untuk maklumat lanjut call 0127877056 @ layari www.envirocon.com.my

Jumaat, 18 Disember 2009

JENIS PENYAKIT KAMBING & TANDA-TANDANYA

1) PURU :
Terdapat gelembong pada bahagian mulut. Biasa terjadi diantara umur anak kambing
mencecah 3 minggu - 1 bulan & 3 bulan - 4 bulan.
2) KEMBONG :
Air liur meleleh, pernafasan yang susah dan kerap kencing. Biasa terjadi sekiranya memberi
makanan kekacang dan bahan makanan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi.
3) SAKIT PARU-PARU, SELSEMA & SEJUK (PNEUMONIA) :
Lemah dan tidak bermaya. Ketika batuk terdapat bendalir keluar. tekanan yang berlebihan
boleh menyebabkan kematian. Biasa terjadi sekiranya keadaan kandang terlalu kotor dan
lembab. Elakkan kambing daripada hujan.
4) CIRIT-BIRIT (DIARRHOEA) :
Najis cair. Biasa terjadi kerana makanan yang diberi basah dan cacing.
5) KURANG DARAH (ANAEMIA) :
Muka pucat, lemah dan bulu meremang. Biasa terjadi akibat makanan yang diberi kurang
berzat dan kutu yang terlampau banyak pada kambing.
6) KANCING GIGI :
Keempat-empat kaki kambing keras, tegang dan keseluruhan badan menggigil. Biasa terjadi
oleh kerana racun sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf.
7) KURAP :
Keguguran bulu yang banyak disertai dengan kudis yang benanah. Biasa terjadi akibat gigitan
agas.
8) LUKA-LUKA :
Biasanya terjadi akibat benda yang tajam, pergaduhan dan kambing juga mempunyai tabiat
suka menggigit telinga kawannya.
9) BURUK KUKU :
Kambing kelihatan tempang dan dicelah kuku bengkak. Terjadi kerana tempat yang lembab
(berair). Ia disebabkan serangan bakteria.

Khamis, 11 Jun 2009

ISTIMEWA DENGAN HARGA MAMPU MILIK???

Fullblood Does Harga Dari RM2100 nego..!


* Dorper Ewes Stud Harga Dari RM2500

* Dorper Ewes Cross Harga Dari RM1500Young Buck Stud Bloodline
Snake/Fairfax Harga Dari RM1700

Fullblood Buck Registed Harga Dari RM2500 nego..!

* Dorper Stud Harga Dari RM3300

* Dorper Ram Harga Dari RM2600

/F2 Harga F1Dari RM730 nego..!
F3/F4 Harga Dari RM950 nego..!
F5/F6 Harga Dari RM1050 nego..!

Stud Buck Snake/Fair-fax Bloodline

8-12 Bulan RM3100

Selasa, 9 Jun 2009

KENALI KAMBING SAANEN



Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature). Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat. Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 2- 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.
KHASIAT SUSU KAMBINGSusu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
a. Penyakit deman kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.
Biasanya penternak penternak memerah susu diwaktu pagi selepas memberi makanan dan membersihkan kandang. Susu susu yang diperah tadi dimasokkan dalam botol pelastik yang telah di sediakan. Susu yang telah dibotolkan secara manual dijual dengan kadar RM 12.00 hingga RM 14.00 sekilo. Pendapatan sebegini sudah cukup untuk menampung kos pembelian makanan dedak dan hampas soya.
Ciri-ciri Saanen
BERAT LAHIR
Jantan 3.0 kg
Betina 3.3 kg
BERAT DEWASA
Jantan 68-91 kg
Betina 36-63 kg
Berbulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titikhitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk pada kedua jantina
Kekacang di leher

Jumaat, 17 April 2009

KENALI KAMBING BOER




Boer Fullblood FB ini adalah kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan berbadan tegap. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan atau hampir hitam.


Feral

Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya keseluruh dunia, termasok Malaysia.


Boer F1 Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.


Boer F2 Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.

Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.

Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.


Boer F5 -F7
Boer F5-F7 juga di kenali sebagai Boer Purebreed Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat.
Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

Selasa, 14 April 2009

KENALI BEBERAPA JENIS KAMBING?????

Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik.
Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak kambing.
Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.
British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.
Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.Kampung- Ini adalah kambing tempatan kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.
Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika

Ahad, 12 April 2009

PAKEJ MENARIK TENTANG PERTANIAN

CEPAT2 REBUT PELUANG KEEMASAN,,,,,,TIDAKKAH ANDA MENGINGINKAN HASIL YANG LUMAYAN SETIAP BULAN


Andakah anda tidak ingin memiliki hasil tanaman yang memuaskan kami di sini telah membuat beberapa penyelidikan tentang masalah lade cili….masalah kenapa pokok cili selalunya kerinting & hasil yang tidak memuaskan..di sini kami juga akan memberi beberapa tips untuk mendapat hasil tanaman kontan yang memuaskan..


TANPA PERLU MENGELUARKAN MODAL YANG BANYAK???


KAMI MENYEDIAKAN HARGA PROMOSI BAGI SESIAPA YANG BERMINAT…. PAKEJ > 1 RM25.00 Untuk 4 pokok-(benih lade+medium campuran+baje organik+EM)
PAKEJ > 2 RM250.00
Untuk 40 pokok-(benih lade+medium campuran+baje organik+EM+poly bag)
PAKEJ > 3 RM550.00
Untuk 100 pokok-(benih lade+medium campuran+baje organik+EM+poly bag+ubat)


TETAPI JIKA ANDA INGIN MENANAM 500 POKOK KE ATAS
ANDA AKAN DAPAT HARGA YANG PASTI MEMUASKAN HATI….


1 POKOK HANYA > RM 4.OO

(benih lade+medium campuran+baje organik+EM+poly bag+ubat)

KOS RENDAH+HASIL MEMUASKAN TEKNOLOGI BaRu?????

Jumaat, 10 April 2009

BUKALAH FIKIRAN ANDA?????

Sesungguhnya Allah Taala menurunkan berkat pada 3 hambanya iaitu Kambing,buah kurma dan api,
Perawi:Al Haitam, Umi Hani dan At tabrani,

Jadi, kenapa masih ragu-ragu untuk menternak kambing dan bertani???
Jadi, kenapa masih berfikiran negatif untuk memulakan??

KITALAH YANG PERLU MENGGUBAH PERSEPSI INI
Berapa banyakkah makanan diperlukan oleh seekor kambing dalam 1 hari?? Pemberian pallet (kosentrat) kepada kambing haruslah secara efektif dan terancang supaya tidak berlaku pembaziran. oleh itu, untuk imformasi dan kebaikkan semua, pemberian pallet harus diberi sebanyak 2% atau 3% daripada berat badan kambing. Contonya, purata berat badan kambing Boer 40kg, maka pemberian pallet sebanyak 0.8kg atau 1.2kg untuk seekor. Manakala pemberian tumbuhan hijau seperti nappier atau daun kelapa sawit haruslah diberi sebanyak 10% daripada berat badan kambing. Tumbuhan hijau adalah serat yang penting bagi penghadaman kambing. pallet pula penting untuk penggemukkan kambing.selain zat dan vitamin yang terdapat di dalam kedua-dua jenis makanan ini..disamping itu bagi penternak di Malaysia garam jilat juga penting untuk memberikan kambing tersebut mineral. Oleh itu, saudara perlu memberi makanan ini secara optimum, supaya pembesaran dan kesihatan ternakan tidak terjejas, selain disebabkan pallet yang semakin mahal!!! perlu diigatkan kepada penternak, bahawa pemberian pallet mestilah disebelah pagi dan pemberian serat/tumbuhan hijau di sebelah petang. Jika tidak, proses penghadaman kambing kurang agak kurang baik. Ini boleh dibuktikan dengan tinja yang dikeluarkan agak cair dan lembab. Sedangkan, tinja yang bulat dan kering membuktikan penghadaman kambing dalam keadaan baik..

Isnin, 26 Januari 2009

GARAM BLOK BERKALSIUM TINGGI



Ini adalah produk terbaru dari syarikat kami.Garam blok kami mempunyai kalsium yang tinggi dan di campur dgn vifosmin.Untuk dapatkan sila hubungi kami di no 07 4188541 atau 012 7039607 (ALI) kami memerlukan pengedar seluruh negara....