Jadikan kehidupan & perniagaan dengan lebih selesa

ENVIROCON PEST MANAGEMENT SDN BHD (414997-W)
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Kami menawarkan perkhidmatan yang berikut pada kadar harga yang berpatutan:
:Pemeriksaan dan rawatan berjadual untuk kawalan lipas, semut, tikus, dan sebagainya
:pemeriksaan dan kawalan anai-anai samada secara konvesional atau kaedah system pemintasan dan pengumpanan
:Penilaian dan pemantauan perosak menggynakan program yang sistematik bagi menuruti piagam HACCP untuk pusat pemprosesan dan penggunaan makanan
Untuk maklumat lanjut call 0127877056 @ layari www.envirocon.com.my

Jumaat, 10 April 2009

BUKALAH FIKIRAN ANDA?????

Sesungguhnya Allah Taala menurunkan berkat pada 3 hambanya iaitu Kambing,buah kurma dan api,
Perawi:Al Haitam, Umi Hani dan At tabrani,

Jadi, kenapa masih ragu-ragu untuk menternak kambing dan bertani???
Jadi, kenapa masih berfikiran negatif untuk memulakan??

KITALAH YANG PERLU MENGGUBAH PERSEPSI INI
Berapa banyakkah makanan diperlukan oleh seekor kambing dalam 1 hari?? Pemberian pallet (kosentrat) kepada kambing haruslah secara efektif dan terancang supaya tidak berlaku pembaziran. oleh itu, untuk imformasi dan kebaikkan semua, pemberian pallet harus diberi sebanyak 2% atau 3% daripada berat badan kambing. Contonya, purata berat badan kambing Boer 40kg, maka pemberian pallet sebanyak 0.8kg atau 1.2kg untuk seekor. Manakala pemberian tumbuhan hijau seperti nappier atau daun kelapa sawit haruslah diberi sebanyak 10% daripada berat badan kambing. Tumbuhan hijau adalah serat yang penting bagi penghadaman kambing. pallet pula penting untuk penggemukkan kambing.selain zat dan vitamin yang terdapat di dalam kedua-dua jenis makanan ini..disamping itu bagi penternak di Malaysia garam jilat juga penting untuk memberikan kambing tersebut mineral. Oleh itu, saudara perlu memberi makanan ini secara optimum, supaya pembesaran dan kesihatan ternakan tidak terjejas, selain disebabkan pallet yang semakin mahal!!! perlu diigatkan kepada penternak, bahawa pemberian pallet mestilah disebelah pagi dan pemberian serat/tumbuhan hijau di sebelah petang. Jika tidak, proses penghadaman kambing kurang agak kurang baik. Ini boleh dibuktikan dengan tinja yang dikeluarkan agak cair dan lembab. Sedangkan, tinja yang bulat dan kering membuktikan penghadaman kambing dalam keadaan baik..