Feral
Boer F1 Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

Boer F2 Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti.
Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga.

Boer F5 -F7
Boer F5-F7 juga di kenali sebagai Boer Purebreed Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat.
Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).
Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik.
Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak kambing.
Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.
British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.
Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.
Kampung- Ini adalah kambing tempatan kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.
Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika

